06/09/2023
Assalamualaikum semua, maafkan saya tidak bersiaran lama,
Saya mulakan,
Hari Rabu minggu lepas, pagi,, saya tertanya adik Zarif nak kemana mandi awal awal ni, katanya nak balik kampung dengan daddy (Nazarudin bin Omar) saya tanya kenapa nak balik kampung. Jawapan dia mak kandung dia sakit tenat. Jadi di sini ada pertelingkahan antara kami suami isteri, kenapa nak balik sekarang baru cakap, kenapa sebelum ini tak reti bercakap.. jadi saya stress jiwa saya membebel, saya ungkit kata semua perkara yang saya rasa nak kata, kerana apa,, sebelum ini dia telah melakukan perkara yang sama, yang telah saya tulis di wall Facebook ini.
Akhirnya Nazarudin bin Omar mengakui kesalahan dia, di hadapan anaknda2 saya, jadi saya kami buat keputusan balik kampung Nazarudin bin Omar semua termasuk saya.
Sebelum balik saya bertanya, ini nak balik ni, kita ada duit ke,,, Nazarudin bin Omar jawab dia cuma ada rm100 sahaja. Saya cakap mana cukup rm100. Minyak+ tol +makan berlima, jadi saya merenung cincin di jari saya dan ingat anting2 anaknda Zahra ada, jadi saya cakap macam Nilah,, gadaikan cincin dan anting-anting kakak. Pastu Nazarudin bin Omar pergi gadai nak buat modal balik kampung dia. Saya ingat dia dan keluarganya dah berubah sikap @ perangai,, Rupanya... Kebaikan di balas dengan TUBA.
Saat saya sampai di kampung Nazarudin bin Omar terus saya cari ibunda beliau. Salam dan terus bertanya khabar. Pada saat tersebut saya dah kehairanan tidak ada anak anak sedang tunggu, jika ibunda dah nazak. Dan yang menghairankan pesakit tersebut banyak betul bercakap-cakap.... Tak macam orang sakit pun ada. Saya ingat habis kat situ. Jadi saya biarkan lah. Dan saya melayani kerenah anaknda2 saya. Seperti semua orang tahu saya bukan dalam golongan orang-orang sihat tubuh badan. Saya tak boleh control kencing. Dan saya tidak boleh tidur atau baring dengan lurus. Tulang pinggul saya jadi krem sejuk.. dan perlu di tumbuk2 kat bahagian tersebut sebelum mati rasa....
Hadiah sindiran dari pesakit nazak berjalan-jalan dan bercakap tak berhenti henti tersebut IALAH:
1. Mengejek kenapa tak balik raya berhari raya di kampung Nazarudin bin Omar ( saya jatuh petang hari raya Aidilfitri tahun 2022 yang raya awal sehari.) Beg pakaian raya keseluruhan nak balik kampung sudah di packing oleh saya seorang. Takdir ALLAH SWT saya jatuh nak angkat kain jemuran dan kepala saya terhiris oleh batu konkrit ,menyebabkan saya tutup mata dua hari. Dan berpimpin tangan nak ke toilet @ tandas hingga bulan ke dua, hamba ALLAH hantar tongkat 2 batang kepada saya. Terima kasih tok Ali. Jadi saya bertongkat selama 7 bulan. Orang PPR Hicom ingat saya nak mati dah. Saya bersalin dan saya masih jaga anaknda2 saya sendiri. Saya ok.
2. Mengejek ejek tak balik raya Aidiladha. Konon simpan duit raya ke cucu, konon, bahasa senang cakap sindir sindir.. wahai manusia, anaknda saya Zahra sakit, sampai ambik gas sedup udara dia dua kali di klinik Hajar sek 19. Takkan anak yang mu kandung tak reti nak bagi tahu. Penting sangat balik kampung sampai wajib tinggal anak sedang sakit ke, kitab apa mu baca, kematian adik mu tidak memberi pengajaran. Kematian ibu mu tidak memberi pengajaran. Aku simpan aib orang, perangai buruk orang. (Jangan saya muntah keluar lagi sudah)
3. Saat saya sedang bercakap-cakap dengan adik kembar saya eja (Rusliza), bingit telinga aku duk sindir Kelantan Kelantan Kelantan, sampai saya of sekejab dengan adik saya tipu sunat konon tak ada talian. Saya kol adik saya balik, masih sindir sindir lagi, wahai Malaysia apa yang saya nak tanya adik kembar saya, adik kembar saya berjanji nak datang Shah alam Selangor dari bukit akar Selising pasir Puteh Kelantan. Jadi saya kol untuk tanya dan bagi tahu saya ada di Perak. Itu sahaja. Besar ke masalah ini, sampai perlu sindir mengejek ejek saya.
Ini belom perkara yang saya berbahas di meja makan. Menjijikkan jika saya sebut. Pesakit tenat ini ada hobi s**a mengumpat keseluruhan manusia dekat2 dengan dia. Semua dia sapu. Hingga saya amati anak anak kandung dia tak reti berlaku jujur dengan ibu sendiri. Ini pemerhatian saya selaku nak ke 15 tahun sebagai menantu.
Balik pada jari saya yang sedang sakit sekarang. Bengkak, jari manis mungkin seliuh, berdarah, dan pecah darah... Saya ambik telefon Nazarudin bin Omar dan mintak surat gadai, nak pos kat group keluarga dia, yang duk sindir saya, tujuan saya kenapa keji, hina, kata bukan2, kepada saya. Saya nak tunjuk bukti "kecepatan" saya nak balik kampung. Saat Nazarudin bin Omar tak ada duit. Supaya boleh stop perbuatan perbualan sia2. Apa akibatnya Nazarudin bin Omar memberontak nak rampas balik telefon dia dari tangan saya. Jadi kami bergelutan... Terima kasih Nazarudin bin Omar pengecut. Sekarang dia dah berambus keluar dari rumah Shah alam. Alhamdulillah Aamiin
Semoga kisah kami ada kesudahan yang baik InshaAllah Aamiin.
Semoga kisah kami ada titik noktah Aamiin
Semoga ALLAH SWT mempermudahkan perceraian kami. Aamiin
Semoga ALLAH SWT memberi rezeki kesihatan saya anaknda2 dan sahabat2 yang membaca Aamiin.
Semoga orang yang memusuhi saya yang membaca ini, di beri kelapangan mental supaya waras balik Aamiin. Ini hadiah untuk orang yang membenci saya. Alhamdulillah.
Kepada umat Nabi Muhammad SAW. Jangan risau tentang saya. Ujian ini kecil. ALLAH SWT janji saya akan di bantu 70 wali lelaki 30 wanita. Bukan manusia janji. ALLAH SWT janji.
Saya yang kurang cerdik. Saya akan berehat sementara waktu. Untuk fokus kes pembatalan perkahwinan saya. Jika yang nak memberi nasihat berguna dan doa yang baik2 sahaja di alu alukan. Masuk group saya Telegram dan peyem tepi.. InshaAllah Aamiin