15/06/2025
【Jacky Kuai Sokong Cadangan Akmal Hidupkan Semula GST】
Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA merangkap Naib Ketua Pemuda MCA Negeri Selangor, Jacky Kuai Sin Keong menyokong cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh untuk menghidupkan semula GST, dan menyifatkan tindakan itu sebagai suara berani demi rakyat.
“Kali ini, Akmal bukan hanya bersuara untuk satu kaum atau parti, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Sikap sebegini harus dicontohi oleh semua ahli politik.”
Jacky berkata, mulai 1 Julai, kerajaan akan meluaskan skop SST secara besar-besaran merangkumi sewaan, pembinaan, kewangan, perubatan swasta, pendidikan dan kecantikan. Cukai jualan untuk barangan tidak perlu akan dinaikkan kepada 5%, manakala barangan mewah dikenakan sehingga 10%. Senarai barangan bebas cukai juga dikurangkan drastik — daripada lebih 8,000 kepada hanya 1,800 barangan.
“Langkah ini jelas membebankan rakyat, bukan meringankan.”
Beliau menyokong GST yang menurutnya lebih telus, berstruktur, dan mempunyai mekanisme input tax credit bagi mengelak cukai berganda serta meningkatkan ketelusan rantaian bekalan.
“Rakyat tidak tolak cukai, mereka hanya mahu sistem yang adil dan jelas. SST p**a bersifat bertingkat, menyebabkan pengguna bayar lebih tanpa mereka sedar.”
Jacky menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya melepaskan beban janji politik masa lalu, dan mengutamakan kepentingan rakyat serta kestabilan fiskal negara.
“Tindakan Akmal kali ini membuktikan keberanian dan wawasan seorang pemimpin sejati. Kita alu-alukan lebih ramai pemimpin politik yang berani melangkaui sempadan parti demi dasar yang lebih adil dan telus.”
#阿克马 #瓜拉冷岳 #马华 #雪兰莪 #自强不息 #马华公会 #雪州 #马来西亚 #巫青团 #征税 #服务税 #销售税 Jacky Kuai Jacky Kuai sin keong