ORANG KITA

ORANG KITA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ORANG KITA, Adult Entertainment Club, .

20/05/2025
BERITA TERGEMPAR: SKANDAL HARTANAH SHAFIE APDAL TERBONGKAR!Kuala Lumpur - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-...
16/12/2024

BERITA TERGEMPAR: SKANDAL HARTANAH SHAFIE APDAL TERBONGKAR!

Kuala Lumpur - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini membuat pendedahan mengejutkan di Parlimen mengenai skandal pembelian hartanah mewah di London dan Melbourne yang berlaku semasa Datuk Seri Shafie Apdal menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 2009 hingga 2015. Ratusan juta ringgit wang pembayar cukai dilaporkan “hilang” akibat pembelian hartanah yang didakwa terlebih bayar!

“Proksi Politik” di Sebalik Skandal

Menurut laporan PAC, pembelian hartanah yang mencurigakan ini didalangi oleh seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah kawasan Parlimen Semporna yang pernah diwakili oleh Shafie Apdal. Individu ini dilantik ke jawatan penting dalam agensi kerajaan yang menguruskan pelaburan luar negara, walaupun latar belakangnya dikatakan tidak sesuai untuk peranan tersebut.

Sumber dalaman mendakwa individu tersebut bukan sekadar penjawat awam biasa tetapi seorang yang dipercayai menjadi “proksi” politik Shafie, memainkan peranan penting dalam transaksi hartanah luar negara yang kini menjadi perhatian pihak berkuasa.

“Hubungan antara mereka bukan rahsia lagi. Pelantikannya ke jawatan penting itu jelas didorong oleh hubungan politik dan bukannya merit,” kata seorang pemerhati politik yang mengikuti pendedahan tersebut.

“Sepandai-pandai Tupai Melompat…”

Selama ini, Shafie lantang menuduh pemimpin lain, termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam skandal rasuah seperti 1MDB. Namun, pendedahan terbaru PAC menunjukkan bahawa semasa beliau memegang jawatan menteri, ratusan juta ringgit dilaporkan disalurkan ke dalam transaksi hartanah yang mencurigakan di luar negara.

“Dia asyik menuding jari pada orang lain, tetapi dalam masa sama, kementeriannya sendiri menjadi lubuk skandal. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga,” kata seorang ahli politik veteran yang enggan dinamakan.

Hidup Mewah, Rakyat Merana

Lebih memeranjatkan, walaupun Semporna kekal sebagai antara daerah termiskin di Malaysia, terdapat dakwaan bahawa Shafie dan orang kepercayaannya memiliki hartanah mewah di London, Melbourne, dan Dubai! Gaya hidup mewah mereka sering menjadi bualan ramai, terutama apabila dibandingkan dengan keadaan daif yang masih dialami penduduk Semporna hingga ke hari ini.

Penduduk kampung di kawasan Parlimen Shafie terus berdepan masalah asas seperti kekurangan bekalan air bersih, elektrik yang tidak stabil, dan jalan berlubang yang membahayakan nyawa. Sedangkan, individu yang pernah menjadi ADUN di bawah kawasan Semporna kini didakwa hidup selesa di luar negara hasil keuntungan daripada urusan hartanah yang mencurigakan itu.

Adakah Shafie Bakal Didakwa?

Desakan semakin kuat agar pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Penganalisis politik percaya bahawa ini hanyalah permulaan kepada siri pendedahan yang lebih besar dan mungkin melibatkan tokoh-tokoh politik lain.

“Tiada siapa yang kebal dalam era ketelusan hari ini. Jika terbukti bersalah, tidak ada sebab untuk mereka terus bebas,” kata seorang peguam kanan yang mengikuti kes ini dengan rapat.

Adakah ini detik kejatuhan bagi Shafie Apdal? Atau adakah beliau akan terus terlepas seperti sebelum ini? Rakyat Malaysia pasti akan menantikan perkembangan seterusnya dengan penuh debaran.

Artikel ini berdasarkan laporan PAC. Segala maklumat tertakluk kepada perkembangan siasatan terkini.

Pembelian tersebut diluluskan selepas Mara Inc membuat rayuan kepada Majlis Ekonomi, yang dipengerusikan Najib Razak.

16/12/2024

Umno Sabah & Warisan are in panic mode when news of Musa become TYT goes viral.

Their cytro are working overtime to spread fake news to destabilise GRS the elected government!

Warisan knew their game is over once Musa becomes TYT.

Anwar knew only Musa could bring stability to Sabah political scene.

PBS & STAR must merge now to avoid further divide & rule by federal.

Once Musa is appointed as TYT it is expected to bring 10 years of political stability to Sabah.

Once B**g is guilty next year, there will be change of guards at Umno Sabah & next election will be GRS+ UMNO versus Warisan. Then Peter Anthony of KDM will also go to jail in 2025.

Shafie knew Anwar has an axe to grind with him.

CHECKMATE. Goodbye Warisan

PERBEZAAN KERAJAAN GRS DAN WARISAN....
17/10/2024

PERBEZAAN KERAJAAN GRS DAN WARISAN....

PUNCA UTAMA MASALAH-MASALAH DI UMS TIDAK PANDAI SELESAI
19/06/2024

PUNCA UTAMA MASALAH-MASALAH DI UMS TIDAK PANDAI SELESAI

25/07/2023

Kongsi BersamaSANDAKAN: Penamatan Perkhidmatan Jalur Lebar ‘Secara Percuma’ di seluruh negeri ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital adalah tidak wajar dan boleh menjejaskan pelajar di kawasan luar bandar. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir (gambar) berkata ratusan ribu pelajar di k...

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ORANG KITA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your club to be the top-listed Nightclub?

Share