𝐏ersatuan 𝐏aluan 𝐊ompang 𝐊empas

𝐏ersatuan 𝐏aluan 𝐊ompang 𝐊empas Perkhidmatan ;

- Majlis Perkahwinan
- Majlis Rasmi Vvip
- Sambutan Maulidur Rasul

JOM SERTAI KELUARGA KOMPANG KEMPAS! Ada minat main kompang?Nak belajar dari asas?Atau dah ada pengalaman dan nak aktif s...
12/02/2026

JOM SERTAI KELUARGA KOMPANG KEMPAS!

Ada minat main kompang?
Nak belajar dari asas?

Atau dah ada pengalaman dan nak aktif semula?
Inilah masanya!

Kami buka pengambilan bakat baru 2026 untuk
👦 Kanak-kanak
👨 Dewasa
Tak kisah pemula atau berpengalaman!

📍 Setiap Jumaat
⏰ 9.00 – 11.00 malam
🏢 Dewan Raya Kempas Baru

Kami aktif buat persembahan kahwin, pertandingan & acara rasmi

Nak join? Terus hubungi:
📞 018-7925287 (En. Zaidi)
Jangan tunggu lagi…
Warisan perlu diteruskan, bakat perlu digilap!

Dengan penuh rasa bangga dan kasihPERTANDINGAN KOMPANG SEMPENA PEMERAN PENGANTIN DI ANGSANA MALL JB 31 JAN 2026Tahniah K...
31/01/2026

Dengan penuh rasa bangga dan kasih

PERTANDINGAN KOMPANG SEMPENA PEMERAN PENGANTIN DI ANGSANA MALL JB 31 JAN 2026

Tahniah Kempas Junior!
Saguhati bukan ukuran nilai sebenar perjuangan kalian. Apa yang lebih besar ialah keberanian untuk tampil, kesungguhan berlatih, dan jiwa seni yang tidak pernah luntur.

Jangan pernah rasa kecil dengan keputusan hari ini. Setiap pemain hebat pernah melalui jatuh bangun sebelum berdiri gagah di puncak kejayaan. Kalian telah membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk berdisiplin, bersatu dan berani membawa nama pasukan.

Teruskan berlatih, teruskan bermimpi, dan teruskan memalu dengan hati.
Biarlah hari ini menjadi bahan bakar semangat, bukan noktah kecewa.
Insya-Allah, satu hari nanti paluan Kempas Junior akan bergema sebagai juara yang disegani.
Kami berdiri di belakang kalian.
Kempas Junior – kecil pada usia, besar pada semangat!

[24 Jan 2026] Johor Cultura! 2026Alhamdulillah, persembahan Paluan Kompang Kempas memeriahkan pentas kebudayaan hujung m...
24/01/2026

[24 Jan 2026] Johor Cultura! 2026

Alhamdulillah, persembahan Paluan Kompang Kempas memeriahkan pentas kebudayaan hujung minggu.
Warisan terus dipalu, irama terus hidup dari generasi muda hingga dewasa.

Terima kasih kepada semua yang menyokong dan menjayakan program ini.
Budaya kita, jati diri kita.




01/01/2026

KEMPAS JUNIOR PERFORMANCE

Berani melangkah ke pentas, walau masih kecil jasadnya ❤️
Inilah Kempas Junior, pewaris seni paluan kompang tradisi Johor.
Setiap paluan bukan sekadar irama, tetapi tanda cinta pada warisan, disiplin dalam latihan, dan semangat anak-anak kecil yang besar impiannya.
Dari generasi muda, untuk masa depan seni budaya bangsa.

[ 21 Disember 2025]Performance Concert & Graduation Ceremony 2025Alhamdulillah, persembahan Kompang Kempas Junior berjal...
21/12/2025

[ 21 Disember 2025]

Performance Concert & Graduation Ceremony 2025

Alhamdulillah, persembahan Kompang Kempas Junior berjalan lancar.
Terima kasih anak-anak hebat yang berani tampil di pentas, penuh semangat dan disiplin.
Inilah generasi pewaris seni tradisi kompang—kecil di usia, besar di jiwa.

Santai diposisi.

𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒍𝒂𝒉𝒊𝒓 buat adik Nuha, ahli Kompang Kempas yang dikasihi.Semoga terus sihat, dimurahkan rezeki dan berjaya d...
15/12/2025

𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒍𝒂𝒉𝒊𝒓 buat adik Nuha, ahli Kompang Kempas yang dikasihi.
Semoga terus sihat, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam pelajaran serta kehidupan.
Teruskan semangat berkompang, kekalkan disiplin dan cinta akan seni tradisi.
Semoga Nuha terus melangkah maju bersama Kompang Kempas, membawa nama kumpulan dengan penuh bangga.

Alhamdulillah & Tahniah! [14 Sep 2025] Kompang Kempas berjaya meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Kompang Tradisi Jo...
14/12/2025

Alhamdulillah & Tahniah!
[14 Sep 2025]

Kompang Kempas berjaya meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Kompang Tradisi Johor sempena Festival Budaya Malaysia 2025.

Pencapaian ini hasil usaha, disiplin dan semangat semua ahli dalam mempertahankan seni warisan tradisi Johor. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada di hadapan mahupun di belakang tabir.

Semoga menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah dan memartabatkan seni kompang ke tahap yang lebih tinggi.
Kompang Kempas, terus berjuang demi tradisi.

Selamat hari lahir zaid  (pemain kompang paling kecik a.k.a abg jidol junior)Semoga membesar dengan baik Dan berjaya hen...
06/12/2025

Selamat hari lahir zaid (pemain kompang paling kecik a.k.a abg jidol junior)

Semoga membesar dengan baik Dan berjaya hendaknya.. Aamiin..

Address

Jalan Persiaran Utama Kempas Baru
Johor Bahru
81200

Telephone

+60187925287

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 𝐏ersatuan 𝐏aluan 𝐊ompang 𝐊empas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Club

Send a message to 𝐏ersatuan 𝐏aluan 𝐊ompang 𝐊empas:

Shortcuts

Share