Pemuda Amanah Ampang

Pemuda Amanah Ampang Amanah Maju Jaya

30/01/2026
19/11/2025
04/11/2025
31/10/2025
30/10/2025

SUATU CATATAN TENTANG PMX

September lepas, saya berpeluang mengikut delegasi PMX ke Dili, Timor-Leste untuk lawatan rasmi ke Timor-Leste.

Itu merupakan kali pertama saya dapat peluang bersama-sama dengan PMX ke luar negara.

Lawatan tersebut sekejap sahaja; 2 hari satu malam.

Jadual kami padat; dari saat kami mendarat di Dili, sehinggalah kami berlepas p**ang ke Malaysia.

Memang tidak ada masa untuk berehat. Yang ada niat untuk jalan-jalan atau pergi shopping? Hah, lagilah tak ada.

Lawatan tersebut dimaksimakan sepenuhnya.

Jumpa Presiden. Jumpa Perdana Menteri. Mesyuarat dua hala. Perjumpaan empat mata. Beri ucapan di Parlimen. Beri syarahan. Pecah tanah. Terima anugerah.

Dan setiap program yang diatur, sudah tentu PMX berucap atau berbincang. Mana ada istilah duduk tepi senyap-senyap bila anda PM.

Saya pergi program seharian dekat kawasan pun penat. Itupun rasmi sini sedikit, bagi ucapan sana sedikit. Bukan macam apa yang PMX kena buat.

Tetapi dalam kesibukan dan jadual seperti itupun, PMX tetap cergas dari awal hingga akhir. Pada setiap masa ‘on the ball’, pada setiap masa dengan fakta dan data di jari.

Selesai urusan di Dili, kami berlepas p**ang. Kami mendarat di Malaysia di waktu petang. Saya terus p**ang ke rumah, badan saya kepenatan. Umur pun sudah semakin berusia, tidak macam dahulu.

Malam itu, saya rehat di rumah dengan keluarga. Saya capai phone saya, saya scroll media sosial.

Saya buka instagram - terkejut saya bila saya nampak posting PMX dia menghadiri suatu majlis makan malam p**a. Ini baru 2 jam selepas mendarat!

“Bila masa orang tua ini rehat”, saya tanya isteri saya. “Kita ni penat gila, dia rilex je pergi dinner”.

Ya, saya kagum.

Saya tidak kesah jika saya digelar pentaksub atau walanon. Dan ini bukan post untuk bodek PM. Lagipun bukan dia yang tentukan pencalonan saya dalam pilihan raya.

Tetapi posting ini sebagai testimoni tentang PMX yang disaksikan oleh mata kepala saya sendiri.

Kita sendiri saksikan bagaimana dia dari pagi sampai malam sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN, ke hulu dan ke hilir, melayan kerenah pemimpin dunia dan mempengerusikan pelbagai mesyuarat.

PMX muatnaik gambar beliau dalam kereta, usai Sidang Kemuncak ASEAN. Memang kelihatan penat. Kalau dia cuti sehari, saya rasa tiada siapa akan pertikai.

Tetapi esoknya, dia sudah masuk ofis semula.

Anda boleh persoalkan dasar beliau. Anda boleh kritik politik beliau.

Tetapi saya fikir, anda memiliki hati yang hitam jika anda tidak mampu mengakui bahawa PMX kita memang kerja kuat.

Kalau dahulu hanya yang kenal beliau tahu ‘work rate’ PMX, kini satu dunia jadi saksi.

Semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

- gambar kredit PMO, diambil di National Parliament of Timor-Leste -

28/10/2025

Address

Pejabat Amanah Ampang
Ampang
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Amanah Ampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Club

Send a message to Pemuda Amanah Ampang:

Share